4 Foto & Imej Terbaru Dr. Amalina Bakri Jadi Perhatian.
Mesti anda masih ingat lagi dengan pelajar hebat Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara dengan keputusan SPM pada tahun 2004 yang luar biasa, 17A1.
Kecemerlangan itu akhirnya membawa Amalina merantau ke England untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Dengan biasiswa daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Amalina kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England.
Amalina berhasrat menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik.
Wanita yang kini berusia 30 tahun itu memperoleh ijazah berkembar di University Edinburgh Scotland iaitu Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah Perubatan.
Dia juga merupakan pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus terjemahan perubatan dan terapeutik.
Namun, apa yang menjadi buah mulut netizen sejak kebelakangan ini ialah penampilan terkini Amalina yang nampak lebih matang dan menawan.
Sampai ada yang tak kenal. Tidak kurang juga ada yang mengkritik bahawa Amalina kini tidak seperti wanita Melayu dan kelihatan seperti orang barat.
Apa-apa pun Amalina tetap menjadi individu yang pernah mengharumkan nama negara dengan kebijaksanaannya.
Sumber: Free Malaysia Today
Sumber : KepohKuat