Hari ini kecoh tentang berita mengatakan Jejasi dan Fasha Sandha akan bersatu semula dan kembali rujuk.
Pelakon ini dan juga Jejai telah hadir di mahkamah pada pagi tadi dan kemudian telah memuatnaik satu kenyataan bersama bahawa merek akini telah berdamai.
Kedua-dua mereka telah memuatnaik caption yang sama dan berdamai demi anak-anak.
Namun ramai yang tertanya-tanya mereka berbaik semula itu bermaknak mereka kembali bersama dan merujuk semula.
Akhirnya tuan punya badan, Fasha Sandha tampil memberi kenyataan rasmi yang menjelaskan segala persoalan para follower dan orang ramai.
Ini kenyataan Fasha Sandha melalui laman IG miliknya:
Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal.
Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.
Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak.
Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co.
Terima kasih juga kepada Tuan Badri Hj Idris (peguam Rizal)
Syukur Alhamdulillah
Fasha Sandha dan Jejai berdamai sahaja dan tidak rujuk semula.
Apapun pun hubungan mereka berdua kembali pulih dan tidak lagi keruh demi anak-anak mereka.
Semoga kedua-duanya bahagia dengan jalan masing-masing.
Sumber: IG Fasha
Sumber : KepohKuat