Seorang lelaki yang juga pengawal keselamatan, Robert Nababan, 37, telah menjadi sasaran seekor ular sawa sepanjang 7 meter yang teramat besar ketika pulang dari tempat kerjanya.Dalam kejadian yang amat menakutkan itu, Robert dikatakan terserempak dengan haiwan pemangsa itu yang sedang melintas jalan yang sering dia lalui untuk ke tempat kerjanya setiap hari.Robert yang terkejut dengan keadaan itu telah memberhentikan kenderaannya untuk melihat dan cuba mendekati ular sawa berkenaan. Robert berkata,
“Saya pulang dan melihat ular itu melintas di Jalan Sungai Akar, kemudiannya saya berhentikan motosikal saya serta mendekati ular tersebut.”
Menurut Robert lagi, ketika melalui jalan itu dia tidak keseorangan kerana terdapat dua orang lagi yang turut berhenti dan memerhati ular berkenaan yang sedang melintas jalan.
Robert turut mengaku bahawa hanya dirinya sahaja yang begitu berani mendekati ular yang amat menakutkan itu. Pada ketika itu, ular tersebut secara tiba-tiba telah menyerang dan turut mengigit lengan kirinya.
Robert yang terkejut dengan serangan ular berkenaan telah cuba untuk melepaskan diri sebelum bergelut supaya ular tersebut melepaskan gigitannya.
Akibat serangan ular itu, Robert telah mengalami kecederaan yang parah. Lengan kiri Robert dikatakan telah terkopak kerana digigit ular sawa tersebut. Robert kemudiannya telah dikejarkan ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Selain cedera parah, nyawa Robert mungkin tidak dapat diselamatkan lagi sekiranya beliau tidak segera dihantar ke hospital kerana kecederaan akibat gigitan ular tersebut menyebabkan darah robert terkeluar tanpa henti sehinggakan membahayakan nyawanya sendiri.
Difahamkan, kerana gigitan ular sawa itu juga telah menyebabkan urat nadi tangannya telah terputus. Robert dikatakan terpaksa menjalani pembedahan demi untuk menyelamatkan nyawanya.
Orang ramai dikatakan telah berjaya menangkap ular tersebut yang kemudiannya dibunuh dan digantung pada pokok sebagai tontonan kepada orang ramai dan ia menjadi tumpuan kanak-kanak sehingga berani menyentuhnya.
Berita mengenai serangan ular sawa telah kecoh di media sosial selepas beberapa gambar yang dimuat naik oleh saudara kepada Robert Nababan menjadi perhatian ramai.
Rata-rata netizen dilihat begitu terkejut dengan gambar-gambar tersebut yang turut memaparkan keadaan mangsa yang luka parah dan selain gambar ular sawa yang sangat besar itu.
Kredit
ARTICLE MENARIK DIBAWAH
ENAM SEKELUARGA TERPAKSA TINGGAL BAWAH JEJAMBAT LEBUHRAYA MRR2 DI PANDAN PERDANA
Pasangan suami isteri ini bersama empat anak mereka sudah tinggal di bawah jejambat MRR2 laluan Pandan Perdana dengan berbekalkan sebuah khemah, dapur memasak dan beberapa barang peribadi serta keperluan asas sejak dua bulan lalu.
Menurut si bapa, Jeffry Husin, 41, kerana gagal membayar tunggakan sewa rumah di flat kos rendah kawasan itu, mereka sekeluarga telah diusir. Keluarga berkenaan akan memasak dan makan di bawah jejambat itu setiap hari.
Sumber: Facebook
Sumber: The Star
Kecederaan yang dialami pada tulang belakang selepas berlaku kemalangan pada tahun 2006 menyebabkan tangannya lemah di bahagian kiri.
Disebabkan itu, Jeffry terpaksa berhenti kerja sebagai pengawal keselamatansetahun yang lalu. Semenjak itu, Jeffry tidak mempunyai pekerjaan tetap dan ada kalanya dia mendapat wang hasil dari menjual barangan terpakai.
Sebelum dihalau keluar oleh tuan rumah itu, Jeffry bersama isterinya, Siti Nor Sazila Zakaria, 30, dan empat orang anak mereka berusia dalam lingkungan 9 bulan hingga lapan tahun sudah menyewa rumah tersebut sejak 11 tahun lalu.
Dia yang masih perlu ke hospital mendapatkan rawatan mempunyai masalah untuk membayar sewa rumah memandangkan setiap minggu perlu membayar kos rawatan terapi.
Bayaran sewa rumah saya tertunggak, jadi saya mahu bayar RM200 dahulu tetapi tuan rumah enggan menerimanya.
Saya hanya mampu bayar separuh duit kos rawatan di hospital dan masih perlukan wang sebanyak RM150 seminggu untuk kos ubat serta rawatan terapi.”
Menurutnya, sebelum diusir dari rumah sewa itu, setiap hari tuan rumah akan datang dan menjerit-jerit memanggil nama mereka. Kini, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di bawah jejambat dengan persekitaran tidak bersih menyebabkan anak bongsunya kerap demam.
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Demi keselamatan dan menjaga kesihatan anak-anaknya, Jeffry akan menghantar mereka ke rumah kakaknya untuk menumpang tidur pada waktu malam.
Namun, difahamkan, keluarga itu telah menerima bantuan wang serta barangan keperluan dari wakil rakyat kawasan tersebut. Malah, wakil rakyat itu juga dikatakan telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mencari rumah buat keluarga Jeffry.
Pihak Zakat Selangor yang mendapat berita tentang keluarga ini dilaporkan telah membantu Jeffry membayar deposit sewa serta bantuan sewa rumah bulanan sementara mendapat pekerjaan. Zakat Selangor turut memberi bantuan pendidikan untuk empat anaknya.
Sumber: Facebook
Seorang netizen yang baik hati dikatakan turut memberi sumbangan selain menawarkan pekerjaan kepada Jeffry sebaik sahaja mereka tinggal di rumah baru itu nanti.
Diharap lebih ramai keluarga kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan diberi bantuan seperti ini.
Sumber: lobakmerah
Sumber : BeritaSemasa