ANAK dan isteri bercuti ke luar negara… Tapi mana ayahnya? Inilah soalan yang sedang berputar di dalam kepala si ‘mulut joyah’ sekarang ni kan.Pelakon tinggi lampai, Syatilla Melvin kini sedang bercuti ke kota London bersama dengan keluarganya tanpa suami tercinta, Shaheizy Sam di sisinya.
Jangan cepat sangat buat andaian konon Sam telah disenarai hitam daripada ke luar negara. Hakikatnya Sam kini sedang mempersiapkan dirinya bagi pengambaraan filem Polis Evo 2 tidak lama lagi.
Konon berita Sam telah muflis membuatkan dia tidak dapat mengikuti keluarganya bercuti ke luar negara. Alahai Joyah betul korang ni kan.
“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filemPolis Evo 2 tidak lama lagi.
“Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini, jadi saya harus mempersiapkan diri,” ujarnya dipetik daripada Harian Metro.
Sebelum ni, Sam juga tidak mengikuti Tilla dan keluarga mereka bercuti ke Vietnam. Mungkin sebab kali ini mereka ke London pun Sam tak ikut, sebab tu banyak yang ‘prihatin’ nak tahu kenapa sekali lagi Sam tak ikut.
Mei lalu, industri hiburan dihangatkan apabila Sam dikatakan telah menerima notis muflis apabila namanya telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd Samad telah menegaskan bahawa perkara ini tidak ada kena megena dengan isu LHDN yang telah melandanya sebelum ini.
Malah, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengena isu itu kerana peguamnya sedang menguruskan hal tersebut
Semoga semuanya dipermudahkan dan pada ‘mulut joyah’ semua, jangan asyik suka nak hentam orang je. Siasat dulu ya, jangan main tuduh sahaja.
Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Artikel berkait
Comelnya! ( 9 Foto ) Anak Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin di London
Sejak kebelakangan ini ramai juga anak-anak artis yang memiliki wajah comel dan menawan yang menjadi perhatian netizen. Sebelum ini kita sering lihat telatah Yusof Iskandar, anak kepada pasanganHairul Azreen dan Hanis Zalikha, tetapi kali ini anak Shaheizy Sam pula jadi sasaran.
Meskipun baru berusia kurang dari setahun, namun telatah dan kecomelannya ini sudah menarik perhatian netizen. Bukan kerana mereka anak artis saja, tapi juga wajah mereka terlihat begitu lucu.
Ishhh background punya elok tp dia buleh qheyau plak dah😡
A post shared by *S Y A T I L L A M E L V I N* (@samtilla) on Oct 3, 2017 at 8:01am PDT
Baru-baru ini, isteri kepada Shaheizy Sam, Syatilla Melvin berangkat bersama ahli keluarga yang lain bercuti di London. Foto-foto bayi mereka Syerivtelah diabadikan dalam akaun Instagram si comel ini sendiri. Jom lihat foto-foto ini.
Sam tidak dapat turut serta dalam percutian ini, dan ramai yang mengaitkan ketiadaannya gara-gra kontroversi status muflis Sam baru-baru ini. Ada yang mendakwa pelakon itu tidak dapat ke luar negara kerana muflis.
Namun dalam laporan yang dikeluarkan oleh Projek MMO, Sam berkata dia tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem ‘Polis Evo 2’ tidak lama lagi. Bebanan kerja yang terpaksa di selesaikannya menyebabkan dia tidak boleh bersama isterinya ke london.
Sumber IG Samtila Melvin via Hangat.com
Sumber : BeritaSemasa