Suami Isteri Diburu Polis Selepas Perkosa Gadis & Disyaki Lakukan ‘3some’ Di Kajang
KAJANG – Sepasang suami isteri kini menjadi buruan polis selepas dipercayai telah memperkosa dan memukul seorang gadis remaja yang berusia 16 tahun dan tidak bersekolah.
Kejadian itu dikatakan telah berlaku semenjak bulan Julai lalu ketika mangsa dengan teman lelaki memohon untuk berkerja di sebuah kedai besi buruk yang dikatakan milik suspek di Bandar Teknologi di sini.
Gambar HiasanMenurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, sejak berkerja bersama suspek, mangsa dan teman lelakinya sering dipukul menggunakan kayu, paip, besi, penyangkut baju dan tangan oleh suspek dan isterinya sekiranya melakukan kerja yang tidak memuaskan hati.
Menurutnya, mangsa juga telah diperkosa beberapa kali oleh suspek dan dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek.
“Bagaimanapun, pada September lalu, teman lelaki mangsa telah berjaya melarikan diri dari rumah suspek. Manakala mangsa melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang kenalan lelakinya.
“Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Kajang dan laporan polis turut dibuat mangsa kelmarin,” katanya.
Gambar HiasanBeliau berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Selain itu terdapat kesan parut dan luka di beberapa anggota badan mangsa dipercayai dipukul.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, siasatan masih dijalankan dan polis masih dalam usaha mengesan pasangan suami isteri terbabit. – Sinar Harian
Sumber : BeritaSemasa